Nicolas Jackson (kiri) meraikan jaringannya ketika berdepan Leicester di Stadium king Power, malam tadi.
Chelsea menguasai permainan apabila Jackson meledak gol ketujuhnya musim ini pada awal permainan, namun tuan rumah cuba bersaing dan nyaris mengikat kedudukan sebelum rehat menerusi Kasey McAteer.
Pada babak kedua, Chelsea terus mendominasi permainan menerusi beberapa gerakan menarik untuk menggandakan kedudukan.
Menurut Utusan Malaysia, peluang terbaik The Blues hadir menerusi Cole Palmer, namun percubaan pemain tengah England itu dihalang rakan sepasukan, Noni Madueke sekali gus menutup peluang untuk Chelsea meledak gol kedua.
Jaringan Fernandez pada minit ke-75 jelas melegakan Chelsea sebelum Leicester meraih sepakan penalti disempurnakan Jordan Ayew pada hujung permainan.
































