Paul Pogba tidak lagi terikat dengan Juventus mulai 30 November ini.
LONDON: Bekas pemain akademi Manchester United, Paul Pogba dilaporkan akan kembali ke Manchester United selepas menamatkan kontraknya secara persetujuan dengan Juventus.
Menurut Utusan Malaysia, Juventus mengesahkan bahawa mereka dan Pogba akan berpisah dalam masa terdekat di mana mereka bersetuju untuk menamatkan kontrak pemain itu pada 30 November ini.
Perkembangan berkenaan akan membuatkan pemain itu secara rasminya akan bergerak sebagai ejen bebas dan boleh memilih untuk menyertai mana-mana pasukan yang mahukan khidmatnya.
Berdasarkan laporan RMC Sports, Pogba memiliki potensi untuk kembali ke England dan dilaporkan akan kembali ke Manchester United.
“Pogba dilaporkan akan kembali ke pusat latihan United, Carrington untuk menjalani latihan. Pemain berusia 31 tahun itu dibenarkan berlatih secara profesional mulai Januari 2025,” kata laporan itu.
Hukuman pemain itu dilaporkan secara rasmi akan tamat pada pada Mac 2025, jadi dia perlu menyediakan dirinya supaya cergas dan boleh bermain terus.
The Red Devils sentiasa terbuka untuk mana-mana lulusan akademi berkenaan untuk berlatih dalam usaha pemain tersebut untuk mencari kelab baru.


































