Bryan Zaragoza meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan menentang Switzerland dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Tenerife, Sepanyol, pagi ini.
TENERIFE: Jaringan penalti Bryan Zaragoza menyelamatkan Sepanyol daripada seri sebelum menang 3-2 menewaskan Switzerland 3-2 dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, penyandang juara itu yang telah pun layak ke suku akhir mendahului perlawanan dua kali, namun tidak bertahan lama selepas dipaksa bekerja keras setelah Switzerland bangkit menyamakan kedudukan untuk menjadikan permainan lebih rancak.
Ini adalah kali pertama dalam tempoh 28 tahun skuad Sepanyol beraksi di pulau tersebut dan menyaksikan peminat meraikan kemenangan mereka apabila Zaragoza yang beraksi bersalah kelab Bayern Munich menyempurkan sepakan penalti tersebut.
Sementara itu, Josko Gvardiol meneruskan karakternya sebagai penjaring gol selepas membantu Croatia seri 1-1 dengan Portugal sekali gus melayakkan mereka ke saingan suku akhir.
Keputusan seri membolehkan Croatia menamtakan saingan dengan kelebihan satu mata di depan Scotland yang mendapat kemenangan lewat 2-1 ke atas Poland di Warsaw. – AFP/UTUSAN
Keputusan
Croatia 1 Portugal 1
Poland 1 Scotland 2
Sepanyol 3 Switzerland 2
Serbia 0 Denmark 0
Romania 4 Cyprus 1
Kosovo 1 Lithuania 0
Luxembourg 2 Ireland Utara 2
Bulgaria 1 Belarus 1
Liechtenstein 1 San Marino 3


































