Dua pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez (kanan) dan Noussair Mazraoui cuba menghalang pemain Leicester, James Justin dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.
MANCHESTER: Ruud van Nistelrooy menyifatkan tempoh mengendalikan empat perlawanan bersama Manchester United sebagai menakjubkan selepas membantu pasukan itu mengekalkan permainan tanpa kalah dengan membenam Leicester 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Menurut Utusan Malaysia, pengendali sementara itu yang menempa nama antara legenda United pada zamannya sebelum ini turut mengendalikan kemenangan ke atas lawan yang sama dalam Piala Liga dan menewaskan POAK di saingan Liga Europa sebelum terikat 1-1 dengan Chelsea minggu lalu.
Bekas jurulatih Sporting Lisbon, Ruben Amorim akan mengendali skuad United mulai hari ini dan berdepan lawan pertamanya menentang Ipswich dalam tempoh dua minggu lagi manakala masa depan Nistelrooy di Old Trafford masih samar.
Dalam aksi semalam, Bruno Fernandes meneruskan kecemerlangannya apabila menyumbat gol pertama Unted seawal minit ke-17 manakala Alejandro Garnacho melengkap jaringan ketiga minit ke-82, malah United turut memperoleh gol sagu hati jaringan sendiri pemain Leicester, Kristiansen pada minti 38 permainan.
Sementara itu, Arsenal dan Chelsea masih ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Liverpool selepas seri 1-1 manakala Ipswich meraikan kemenangan liga perdana dalam tempoh 22 tahun menewaskan Tottenham 2-1.
Dalam satu lagi aksi Nottingham Forest terkeluar daripada kelompok empat pasukan teratas apabila kalah 3-1 kepada Newcastle di laman sendiri.
Arsenal yang belum mencatat kemenangan dalam empat perlawanan liga perdana berdepan risiko akan terus kecewa dalam usaha mereka mencari kejuaraan pertama sejak 2004. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Man United 3-0 Leicester
Not. Forest 1-3 Newcastle
Tottenham 1 -2 Ipswich
Chelsea 1-1 Arsenal


































