Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA: Kerajaan meneliti rapat isu urus tadbir dan tatakelola membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC).
Menurut Utusan Malaysia, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, beliau mengesahkan tiada perbincangan khusus mengenai isu itu pada mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin namun, ada diberikan tumpuan.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, apa yang menjadi keutamaan kepada kerajaan adalah aspek tatakelola dan tadbir urus termasuk isu ganjaran dan bonus.

































