LONDON: Pengendali Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo mengakui kejayaan berada di tangga ketiga carta Liga Perdana Inggeris (EPl) ketika ini tidak memberi sebarang makna buat pasukannya.
Menurut Utusan Malaysia, Forest melonjak ke tempat ketiga EPL selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas West Ham United Ahad lalu, sekali gus menjadi pencapaian sempurna kelab berkenaan sejak musim 1998.
Biarpunj berpuas hati dengan pencapaian itu, Santo tetap menganggap perjalanan anak-anak buahnya dalam mencapai kedudukan terbaik EPL masih panjang kerana terdapat banyak lagi perlawanan.
“Ia tidak bermakna apa-apa sekarang. Kami perlu meneruskannya kerana ia adalah musim yang panjang di hadapan kami. Momen yang positif tetapi kami harus meneruskannya.
“Saya rasa kita semua patut berbangga dengan cara kita beraksi, kita memulakan permainan dengan baik dan mengawal ancaman mereka sambil bersikap positif ke hadapan.
“Kad merah mengubah segala-galanya tetapi para pemain memahami untuk tidak berpuas hati. Inilah yang dikatakan bola sepak, saat yang hebat untuk kami dan penyokong,” katanya.
Dalam aksi menentang West Ham, Forest mendahului menerusi Chris Wood sebelum Callum Hudson-Odoi dan Ola Aina menambah dua lagi selepas Edson Alvarez dibuang padang pada lewat separuh masa pertama.
Ketika ini, Forest berada di tangga ketiga dengan 19 mata selepas 10 perlawanan iaitu enam mata dibelakang pendahulu EPL, Liverpool yang mengumpul 25 mata.


































