PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu laporan daripada pihak pengadu mahupun Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berhubung seorang pegawai kadet dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin berkata, PDRM sedia menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporan dibuat.
“Kita masih menunggu laporan dari kedua-dua pihak,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.
Terdahulu,Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada PDRM untuk menyiasat kes buli membabitkan seorang pegawai kadet di UPNM.
Beliau menegaskan, budaya buli di universiti perlu dihentikan kerana ia menyebabkan penganiayaan kepada mangsa.
Pada Khamis, ATM menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, berkata siasatan terperinci terhadap kes itu sedang dilaksanakan pihaknya.


































