Jarrod Bowen meraikan jaringan lewat sepakan penalti di Stadium London, malam tadi.
LONDON: Sepakan penalti minit-minit akhir oleh Jarrod Bown memberikan West Ham kemenangan 2-1 ke atas Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Menurut Utusan Malaysia, The Red Devils bermula cemerlang dengan banyak peluang dihasilkan oleh Alejandro Garnacho, Casemiro, Marcus Rashford serta Diogo Dalot dan keputusan kekal 0-0 sehingga tamat masa pertama.
Babak kedua menyaksikan pemain gantian West Ham, Crysencio Summerville memecah kebuntuan pada minit ke-74.
Tujuh minit kemudian, Casemiro menjaringkan gol menerusi tandukan yang dibantu oleh Joshua Zirkee.
Beberapa minit selepas gol penyamaan terbabit, pertahanan United, Matthijs de Light mengasari Danny Ings pada minit ke-88 dan memaksa pengadil melihat Video Bantuan Pengadil (VAR).
Hasil keputusan VAR menyaksikan West Ham dihadiahkan sepakan penalti dan Bowen berhasil menyempurnakan peluang terbabit pada minit ke-92.
































