Malaysia antara 13 negara baharu yang diterima sebagai rakan kongsi BRICS (Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan).
PUTRAJAYA: Pemilihan Malaysia sebagai antara negara rakan dalam BRICS dilihat membuka peluang kepada negara meningkatkan perdagangan dan hubungan dua hala dalam kalangan negara blok berkenaan.
Menurut Utusan Malaysia, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan menyambut baik penerimaan BRICS terhadap Malaysia sebagai antara negara rakan rasmi blok itu.
“Kita tidak bincang secara khusus (dalam mesyuarat Kabinet). Tapi, ia adalah pemakluman awal dan belum lagi dibincangkan secara mendalam.
“Tapi, semestinya kita mengalu-alukan penerimaan Malaysia sebagai sebahagian daripada negara rakan dalam konteks BRICS,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini kelmarin
Sebelum ini, Malaysia diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan yang ditambah secara rasmi dalam BRICS iaitu sebuah blok yang secara kolektif menyumbang satu per lima kepada perdagangan global.
































