Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan akan menganjurkan sambutan 2 Tahun Kerajaan Madani yang dijangka diadakan pada 22 hingga 24 November depan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.
Menurut Utusan Malaysia, berkata, perkara itu telah diputuskan dan dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sambutan dua tahun Kerajaan Madani pada hari berkenaan dipilih bersempena tarikh Perdana Menteri mengangkat sumpah pada 24 November 2023.
“Jadi, perinciannya akan diumunkan kemudian,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
































