Fahmi Fadzil
PUTRJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta barisan Kabinet dan Kerajaan Persekutuan harus memberi sokongan kepada Ekonomi Biru Sabah.
“Perdana Menteri menegaskan bahawa jemaah menteri dan pihak Kerajaan Persekutuan harus memberi sokongan padu kepada usaha kerajaan Sabah.
“(Konsep ini) bagi memanfaatkan sumber yang ada untuk membantu kerajaan Sabah mengimplementasi atau melaksanakan konsep ekonomi biru melibatkan hasil mahsul laut,” kata Jurucakap Kerajaaan Perpaduan, Fahmi Fadzil dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, konsep itu bukan sahaja melibatkan aspek perikanan, tetapi meliputi sumber mineral serta potensi tenaga boleh baharu.
“Jadi, ini arahan Perdana Menteri kepada jemaah menteri bagi menyokong usaha membangunkan ekonomi negeri Sabah,” katanya.
































