Pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen menjaringkan gol pasukannya dalam aksi Liga Europa menentang Fenerbahce di Istanbul, pagi ini.
ISTANBUL: Manchester United melebarkan keputusan perlawanan tanpa kemenangan selepas seri 1-1 dengan Fenerbahce dalam saingan Liga Europa, sekali gus meletakkan kelab itu dalam bahaya untuk mencari tempat ke saingan kalah mati.
Menurut Utusan Malaysia, biarpun Fenerbahce bermain tanpa pengurusnya Jose Mourinho di tepi padang selepas dilayangkan kad merah, United gagal menggunakan kesempatan tersebut sehingga ke wisel penamat sekali gus menduduki tangga ke-21 daripada 36 pasukan.
Keputusan seri itu turut mengundang kedudukan getir pengurus United, Erik ten Hag yang sebelum ini menerima banyak tekanan ekoran prestasi pasukan yang kurang memberangsangkan termasuk dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL)
Christian Eriksen meletakkan United di depan seawal 15 minit permainan, namun kedudukan itu tiidak bertahan lama Fenerbahce bangkit menyamakan kedudukan menerusi Youssef En Nesyri semasa permainan masuk ke babak kedua.
United sebelum ini kehilangan 10 pemain akibat kecederaan termasuk kapten pasukan , Bruno Fernandes.
Ten Hag bagaimanapun berkata, pemain yang ada mampu untuk memikul tanggungjawab tetapi kegagalan mereka menyebabkan United masih belum mencatat kemenangan dalam saingan Eropah itu.
Sementara itu, Tottenham Hotspurs mencatat kemenangan 1-0 ke atas AZ Alkmaar selepas Richarlison menyempurnakan sepakan penalti.
Tottenham mendominasi permainan namun gagal menambah bilangan gol sehingga wisel penamat. – AGENSI/UTUSAN
KEPUTUSAN
Eintracht Frankfurt (GER) 1-0 Rigas FS (LAT)
Ferencvaros (HUN) 1-0 Nice (FRA)
Maccabi Tel Aviv (ISR) 1-2 Real Sociedad (ESP)
Midtjylland (DEN) 1-0 Union Saint-Gilloise (BEL)
PAOK (GRE) 2-2 Viktoria Plzen (CZE)
Qarabag (AZE) 0-3 Ajax (NED)
Roma (ITA) 1-0 Dynamo Kyiv (UKR)
Anderlecht (BEL) 2-0 Ludogorets (BUL)
Athletic Bilbao (ESP) 1-0 Slavia Prague (CZE)
Fenerbahce (TUR) 1-1 Man Utd (ENG)
Malmo (SWE) 0-1 Olympiakos (GRE)
Lyon (FRA) 0-1 Besiktas (TUR)
Porto (POR) 2-0 Hoffenheim (GER)
Rangers (SCO) 4-0 FCSB (ROM)
Tottenham (ENG) 1-0 AZ (NED) 0
Twente (NED) 0-2 Lazio (ITA)


































