Penyerang Arsenal dari Brazil, Gabriel Jesus jelas kecewa selepas pasukannya tewas 2-0 kepada Bournemouth, pagi tadi.
LONDON: Arsenal terpaksa menelan kepahitan apabila tewas mengejut 2-0 kepada Bournemouth selepas pemainnya William Saliba dilayangkan kad merah sekali gus menamatkan rekod bersih dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris sebelum ini.
Menurut Utusan Malaysia, pemain pertahanan itu dilayangkan kad kuning apabila mengasari Evanilson, namun hukuman itu diberatkan dengan kad merah selepas itu selepas tayangan rakaman VAR menunjukkan kesalahan yang disengajakan.
Bournemouth yang memiliki kelebihan atas kekurangan pemain Arsenal mendahului permainan apabila Ryan Christie menjaringkan gol pembukaan dan sepakan penalti Justin Kluivert menambah derita pasukan lawan.
Kehilangan Saliba akan menjadikan Gunners berdepan dengan lawan yang lebih mencabar apabila dijadual menentang Liverpool minggu depan.
Arsenal yang kini menghuni tangga ketiga liga akan ketinggalan empat mata di belakang Reds jika Liverpool menewaskan Chelsea hari ini.
“Memang sukar untuk menang perlawanan jika beraksi denga 10 pemain,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.


































