Pasukan bomba menyelamatkan seekor kucing di Flyover Luyang. – Ihsan Bomba
KOTA KINABALU: Pasukan bomba menyelamatkan seekor kucing yang berada atas sebuah rasuk Flyover Luyang di sini petang tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan mengenai kejadian itu diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas pada jam 4.26 petang.
Sepasukan 11 anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Mohd. Faizal Alias yang dikejarkan ke lokasi kejadian mendapati benar seekor kucing berada di bawah flyover yang berketinggian lebih kurang 10 meter.

Pasukan bomba bertindak menggunakan tangga jentera untuk menyelamatkan kucing tersebut.
Setelah operasi berjaya, kucing tersebut diberikan kepada orang awam yang mahu menjadikan kucing tersebut haiwan peliharaannya.
Operasi ditamatkan pada jam 5.06 petang.


































