Anwar Ibrahim ketika mengacarakan Forum Ilmuan Malaysia MADANI (FIM) yang julung-julung kali diadakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan berkompromi dalam menyelesaikan isu kontroversi membabitkan rumah amal syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).
Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata, sekiranya tindakan tidak diambil ke atas kumpulan ia ibarat beliau gagal sebagai seorang pemimpin.
“Setakat ini alhamdulillah, tuhan beri saya kesihatan yang baik, tetapi saya nekad dan tidak akan mengalah, kalau itu (isu GISBH) nak kena kompromi, tiada makna saya jadi Perdana Menteri,” katanya dalam Forum Ilmuan Malaysia Madani ‘Mencorak Peralihan Tenaga yang Mampan untuk Masa Depan Negara yang Sejahtera’, di sini hari ini.


































