Sebuah lori terbabas merempuh tembok penghadang Lebuhraya Duta–Ulu Klang (Duke), Sentul yang menyebabkan serpihan penghadang itu pecah serta terjatuh hingga menghempap sebuah kereta yang diparkir di bawah lebuh raya berkenaan.
KUALA LUMPUR: Sebuah lori terbabas merempuh tembok penghadang Lebuhraya Duta–Ulu Klang (Duke), di sini, kelmarin.
Kemalangan itu menyebabkan serpihan penghadang itu pecah dan terjatuh hingga menghempap sebuah kereta yang diparkir di bawah lebuh raya berkenaan.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, kemalangan jalan raya itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
“Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sentul telah menerima maklumat kejadian itu pada pada 2.03 petang.
“Kemalangan lori itu mengakibatkan penghadang jalan jatuh terkena sebuah kereta yang diletakkan di bawah lebuh raya tersebut,” katanya.
Tambahnya, siasatan lanjut dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.
































