Anggota baru mengeluarkan kerusi kontrik yang lubang yang berlaku akibat tanah mendap di ibu negara.
KUALA LUMPUR: Insiden tanah mendap di Jalan Masjid India di sini difahamkan bukan kali pertama berlaku.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sebelum ini kejadian serupa berlaku di lokasi sama dan telah pun dibaik pulih oleh pihak bertanggungjawab.
“Saya difahamkan tempat ini pernah mendap sekali dan betul-betul di tempat kejadian ini dan telah pun dibaik pulih.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang sahaja mangsa setakat ini, yang kita nampak berjalan di situ,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi, hari ini.
Menurut Rusdi, mangsa datang ke ibu kota dari India sebagai pelancong dari India sudah datang hampir dua bulan, difahamkan esok hari terakhir.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, proses mencari dan menyelamat (SAR) mangsa perlu dilaksanakan dengan teliti dan merujuk banyak pihak.
“Ada aliran air yang deras. Sekarang kita lakukan secara berperingkat mengikut perbincangan dengan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).
“Kita juga mengikut nasihat pihak bomba, IWK tengok dari segi gas, jadi kita tidak boleh bertindak sesuka hati,” katanya.




























