Mayat Alsma Juthil iaitu mangsa ketiga dibawa naik ke darat oleh anggota pasukan SAR.
LUNDU: Mangsa ketiga tragedi perahu karam di Sungai Batang Kayan, Kampung Selampit, Lundu dijumpa awal ini.
Menurut Utusan Malaysia, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, mayat Alsma Juthil, 14, ditemui terapung di hulu sungai oleh penduduk kampung pada pukul 6.38 pagi.
“Mangsa ketiga itu dijumpa timbul di lokasi 100 meter dari tempat kejadian. Ini adalah mangsa terakhir yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu,” katanya.
Semalam pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat dua pelajar SMK Senibong yang hilang selepas tragedi Selasa lalu.
Dalam kejadian tersebut tiga pelajar Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Senibong Lundu hilang dihanyut arus. Ketika kejadian perahu tersebut dinaiki dari pengkalan Kampung Selampit ke Sungai Batang Kayan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan ketika kejadian perahu tambang terbabit dinaiki seramai 20 penumpang.


































