oleh Rashid Ating
KUALA LUMPUR: Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan bengkel Minggu Penulis Remaja (MPR2024) yang bertemakan “Sekali Menulis Selamanya Menulis”.
Bengkel ini diadakan secara percuma tanpa sebarang bayaran dengan fokus kepada golongan muda yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang penulisan dan mempunyai rancangan jangka masa panjang untuk menjadi penulis.
Untuk menyertai program yang akan diadakan pada 17 sehingga 21 September 2024 (bermula dari Selasa sehingga Sabtu), beberapa syarat awal telah diletakkan oleh pihak penganjur seperti yang berikut:
Para peserta hendaklah berumur dalam lingkungan 15 sehingga 24 tahun;
Peserta pernah menerbitkan karya, khususnya di Dewan Siswa atau Tunas Cipta DBP;
Pemilihan peserta berdasarkan keputusan urus setia;
Peserta hendaklah mengikuti program ini secara bersemuka dan sepenuh masa untuk melayakkan mereka mendapat sijil penyertaan;
Para peserta yang layak akan dimaklumkan melalui telefon, e-mel dan surat tawaran.
Para peserta juga digalakkan untuk menyertakan karya terbaharu mereka sama ada dalam bentuk cerpen atau puisi semasa mendaftar untuk mengikuti bengkel ini, kerana karya tersebut akan dibincangkan, diperhalusi bersama dengan para pembimbing yang merupakan para sasterawan, alumni MPR dan para editor majalah DBP.
Karya para peserta juga akan dipertimbangkan untuk penerbitan setelah melalui proses pemurnian bersama dengan para tenaga pembimbing.
Mereka yang berminat untuk menyertai program ini, boleh melihat syarat-syarat penyertaan dan pendaftaran dan boleh melayari pautan https://bit.ly/-MPR-2024 atau mengimbas kod QR yang dilampirkan bersama poster.
Tarikh tutup penyertaan ini adalah pada 15 Ogos 20204, namun pendaftaran masih lagi dibuka sehingga ke hari ini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, para peserta bolehlah menghubungi urus setia program seperti butiran yang berikut:
Encik Sharizul Razli Seth,
Urus Setia Minggu Penulis Remaja,
Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran,
Aras 22, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
No. telefon: 03-21479218
E-mel: sr_azli@dbp.gov.my


































