Hajiji (enam dari kanan) bersama delegasi SYBIL dan SEAC.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengalu-alukan input daripada golongan profesional muda untuk membantu dalam penggubalan dasar.
“Kita memerlukan input profesional dan idea baharu mereka untuk ke hadapan dan cara terbaik kita boleh membangunkan Sabah,” katanya ketika bertemu delegasi Pemimpin Perniagaan dan Industri Muda Sabah (SYBIL) di Sri Gaya di sini hari ini.

Hajiji diberi taklimat oleh Wong mengenai rangka kerja dasar SYBIL.
Pada pertemuan itu, Ketua Menteri turut diberikan taklimat mengenai rangka kerja dasar SYBIL untuk pemimpin perniagaan dan industri muda oleh James Wong yang mengetuai delegasi SYBIL.
Wong memberitahu Ketua Menteri bahawa SYBIL mempunyai rangkaian kira-kira 200 usahawan muda dan pemimpin perniagaan yang berjaya sedia membantu Kerajaan Negeri.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah ahli-ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah yang diketuai oleh Tan Sri David Chu.
































