Arne Slot
CAROLINA: Pengurus baharu Liverpool, Arne Slot, menyatakan bahawa pasukannya masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan walaupun berjaya menamatkan jelajah pramusim mereka di Amerika Syarikat dengan kemenangan 3-0 ke atas Manchester United di Carolina Selatan pada Sabtu lalu.
Menurut Utusan Malaysia, Slot, yang menggantikan Jurgen Klopp pada Mei, turut membimbing Liverpool untuk menang ke atas Arsenal dan Real Betis.
The Reds akan menentang Sevilla di Anfield sebelum memulakan kempen perlawanan pembukaan Liga Perdana pada 17 Ogos ini menentang Ipswich Town.
Menurut Slot, beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemainnya namun perlu diperbaiki beberapa kelemahan yang ada.
“Ya, sudah semestinya kemenangan ke atas United adalah tonik yang baik untuk kami. Kami sangat gembira dengan keputusan itu, kami menjaringkan beberapa gol yang sangat bagus dan ia merupakan jelajah yang sangat positif.
“Tetapi saya tidak fikir kami mempunyai kawalan yang mencukupi ke atas permainan, saya fikir kami memberikan terlalu banyak peluang.
“United tidak sepatutnya melepaskan lebih daripada tiga gol namun kualiti yang kami bawa untuk mencipta peluang gol itu membuatkan mereka dibolosi.
“Kami akan lihat bagaimana prestasi pemain selepas pulang dari bercuti sama ada mereka sesuai dengan pasukan. Kami perlu bekerja keras dalam dua minggu akan datang untuk bersedia dengan kempen Liga Perdana yang bakal membuka tirainya,” kata Slot.




























