Rumah setinggan yang dirobohkan di kawasan Kota Kinabalu, Sabah, semalam. – Ihsan PDRM
KOTA KINABALU: Sebanyak 51 rumah setinggan dirobohkan dan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op PATI Bersepadu Mega di sekitar pusat bandar raya, di sini kelmarin.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, operasi membanteras PATI dan penempatan setinggan haram itu dijalankan shampir dua jam iaitu bermula pada pukul 3.30 petang.
“Dalam operasi ini, sebanyak 51 buah rumah setinggan dirobohkan dan enam orang warga Filipina yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah ditahan.
“Enam PATI yang ditahan berumur antara 25 tahun hingga 50 tahun dan semua mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan.
Kasim berkata, operasi bersepadu itu dijalankan dengan bantuan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Eletricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (Jans), Jabatan Tanah Dan Ukur dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


































