PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti keseluruhan dokumen berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN 2/2024) terhadap HRD Corp bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa.
Menurut Utusan Malaysia, SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, beberapa dokumen berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 terhadap HRD Corp telah diterima pihaknya.
Menurut kenyataan itu, dokumen-dokumen tersebut telah diserahkan kepada SPRM oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud pada pukul 11:30 pagi, hari ini.
“Selain kesalahan jenayah, SPRM juga akan meneliti isu-isu kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam LKAN 2/2024,” jelas kenyataan itu.
Media melaporkan, pengurusan dana RM41 bilion melibatkan 11 kementerian dikesan mempunyai banyak kelemahan dalam melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti kerajaan.
la didedahkan dalam LKAN 2/2024 menerusi sembilan pengauditan meliputi projek-projek yang telah dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sehingga RMK-12.

































