UNITED KINGDOM: Kumpulan terkenal Korea Selatan, Seventeen, menjadi artis pertama yang diundang membuat persembahan di pentas utama acara muzik, Festival Glastonbury.
Menurut Utusan Malaysia, dalam persembahan berdurasi selama satu jam itu, Seventeen yang mempunyai 13 orang ahli menyanyikan lagu hit mereka seperti Maestro, Ready To Love, SOS, Clap dan Headliner.
“Sangat tidak sangka apabila kami menjadi artis Korea pertama yang tampil di Glastonbury,” kata salah seorang ahli, Woozi.
Bukan itu sahaja, Seventeen turut membahagikan persembahan mereka kepada beberapa slot antaranya hip hop dengan lagu ‘Lalali’ dan lagu bahasa Inggeris yang dinyanyikan ahlinya, Joshua dan Vernon bertajuk ‘2 Minus 1’.
“Kami sangat terharu kerana walaupun bahasa, bangsa dan budaya tapi melalui muzik kita semua seolah-olah bersatu.
“Tolong ingat kami, Seventeen, selalu,” kata Joshua semasa persembahan.
Untuk info, Festival Glastonbury ialah acara muzik terbesar di United Kingdom yang menghimpunkan artis terpilih pelbagai genre sama ada rock, pop, jazz dan muzik elektronik.
Antara artis lain yang turut memeriahkan festival yang berlangsung lima hari sehingga Ahad ialah Dua Lipa, SZA dan Coldplay.
Selepas membuat persembahan di England, Seventeen dijangka menghadiri Festival Muzik FNS di Jepun diikuti sesi bertemu peminat di Gocheok Sky Dome, Seoul pada 23 dan 24 Julai ini.
































