Brenndon Keith Soh
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan pelantikan Datuk Brenndon Keith Soh sebagai Peguam Besar Negeri hari ini, bagi menggantikan Datuk Nor Asiah Yusof.
Pelantikan Brenndon berkuat kuasa serta-merta dan untuk tempoh tiga tahun.
Nor Asiah akan menyandang jawatan Brenndon sebelum ini sebagai Penasihat Undangundang kepada Ketua Menteri.
Brenndon sebelum ini pernah memegang jawatan Peguam Besar Negeri dari Julai
hingga November 2020.
































