Ebit Lew
TENOM: Saksi kesembilan memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai hubungan dengan Ebit Lew, sebaliknya menghubungi pendakwah bebas itu bagi tujuan mencari penyelesaian kepada masalah keluarga yang dihadapi.
Menurut Utusan Malaysia, dalam sesi pemeriksaan utama, saksi menyatakan dia tidak pernah menggoda Ebit dan tidak pernah menjalin hubungan dengannya tujuan seks.
Saksi yang juga pengadu dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, memberitahu dia menghubungi Ebit untuk mendapatkan nasihat kekeluargaan.
Pada mulanya Ebit mengambil berat dan bertanya melalui Whatsapp sebelum tertuduh dikatakan mula menghantar kata-kata lucah.
“Walau beberapa kali minta maaf tapi dia (Ebit) tetap keluarkan kata-kata lucah. Saya tidak pernah goda Ebit dan saya tidak pernah terfikir menjalin hubungan dengannya untuk seks dan menyekat nombornya,” katanya semasa menceritakan kejadian yang berlaku pada 20 Mei 2021.
Selepas melihat berita tentang gangguan seksual yang tersebar pada 26 Julai 2021, saksi tekad buat laporan polis.
Dalam keterangannya saksi menyatakan dia dikecam kerana buat laporan polis dengan alasan tidak mendapat duit daripada Ebit.
Katanya, pendapatan mereka suami isteri cukup untuk menampung kehidupan mereka.
“Saya dikecam, cakap saya fitnah Ebi. Apa yang dia buat tu memang betul dan ramai mangsa dia pun betul sebab dia mengaku pada saya pada 29 Julai 2021,” katanya.
Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.