Yubidi (empat dari kiri, duduk), Anggayun (tiga darı kiri, duduk), Aini (dua dari kiri, duduk) berambar kenangan dengan semua ahli PBS yang hadir dalam program itu.
RANAU: Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kundasang menyantuni seorang warga emas, Anggayun Sabinding semasa mengadakan ziarah kasih di Kampung Kirokot di sini, kelmarin (16 Mei).
Anggayun, 73, tinggal bersendirian di rumahnya sejak isterinya meninggal dunia dan anak tunggalnya yang sudah berkeluarga tinggal di tempat lain.
Program itu diketuai oleh Datin Seri Linda Ewit, isteri Timbalan Presiden PBS, yang juga merupakan Penasihat Wanita PBS Bahagian Kundasang.
Seramai 30 orang ahli wanita PBS menyertai program tersebut.
Antara aktiviti yang diadakan ialah membersihkan kediaman kawasan halaman rumah, membaiki rumah dan menyalurkan sumbangan berupa barangan keperluan termasuk dapur, katil, tilam dan juga wang tunai bagi membeli keperluan lain Anggayun.
Seorang wanita PBS turut membantu menggunting rambut Anggayun.
Turut hadir Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gompoyo yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Kundasang, Ketua Wanita PBS Kundasang, Aini Tampik dan beberapa lagi ahli PBS.


































