KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor (kanan) menerima kunjungan hormat daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Dato Dr. Haji Adnan Mat (tengah) di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini. (Gambar)
Antara yang dibincangkan dalam pertamuan itu ialah mengenai isu kenaikan gaji penjawam awam seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain mengenai isu pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas untuk penjawat awam.
Beliau diiringi oleh Setiausaha Kewangan CUEPACS, Anuar Mamat, Pengerusi CUEPACS Sabah, Ajulahin Japin, Presiden Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS), Murkam Haji Hussien dan Setiausaha Agung KGKS, Riduan Mohd. Yassin.
Dr. Adnan berada di Sabah atas lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan Kiulu.


































