PETALING JAYA: Sistem pendidikan di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan menurut laporan baharu Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills”.
Menurut Utusan Malaysia, laporan itu mengenal pasti beberapa punca kepada masalah tersebut antaranya disebabkan kadar ketidakhadiran guru yang kerap berlaku di sekolah-sekolah di negara ini sehingga mencapai 40 peratus.
Melalui laporan tersebut, masalah ketidakhadiran itu dilaporkan sering membabitkan guru bagi murid darjah lima.
Di Malaysia, hanya sebanyak lima peratus guru yang kerap hadir ke sekolah untuk sesi pengajaran manakala 37 peratus jarang hadir ke sekolah.
Berbanding dengan Vietnam, sebuah negara dengan sumber yang lebih rendah, menunjukkan hasil yang lebih kukuh.
Sebaliknya, di Vietnam, prestasi guru yang jarang hadir ke sekolah rendah berbanding Malaysia iaitu hanya mencatatkan sebanyak 15 peratus sahaja.
Malah, negara Myanmar, Phliphines dan Cambodia mencatatkan kadar peratusan negatif bagi guru yang tidak hadir dan guru yang lewat ke sekolah.
Perkara ini menyebabkan hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir darjah 5, jauh lebih teruk daripada rakan serantau (34 peratus berjuang dalam ekonomi yang serupa).
Bank Dunia mencadangkan penyelesaian untuk menangani kebimbangan ini termasuk memperluaskan akses dan kualiti pendidikan prasekolah, melaksanakan penilaian pembelajaran dan menyediakan pembangunan profesional berterusan untuk guru berdasarkan amalan terbaik antarabangsa.
Laporan ini berfungsi sebagai seruan untuk Malaysia menangani isu sistemik dan memastikan perbelanjaan pendidikan diterjemahkan kepada penambahbaikan yang ketara untuk semua pelajar.
































