Tiga anggota wanita merupakan suspek antara 10 mangsa terkorban dalam nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
PETALING JAYA: Tiga anggota wanita merupakan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung ruang udara di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumpur, Manjung, Perak hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, difahamkan ketiga-tiga wanita itu terlibat ketika raptai bersempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 pada Sabtu ini.
Bagaimanapun Utusan Malaysia sedang mendapatkan pengesahan nama mangsa terlibat.
Video insiden nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung ruang udara di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan 10 mangsa terkorban dalam kejadian dua helikopter milik TLDM bertembung di Stadium TLDM Lumpur, Manjung, Perak.
Menurut jabatan itu, dua helikopter milik TLDM iaitu M502-6 (FENNEX), dinaiki oleh tiga mangsa dan M503-3 (HOM), dinaiki oleh tujuh individu.
Menurut laporan Komander Operasi Kanan, Suhaimy Mohd. Suhail, pasukan Bomba daripada dua balai berhampiran iaitu BBP Seri Manjung dan BBP Sitiawan telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan kenderaan utiliti Toyota Hilux sebaik dihubungi.
Kedua-dua helikopter telah bertembung ketika sedang melakukan latihan penerbangan. Kesemua 10 mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.
Kerja-kerja untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat di lokasi kejadian telah dijalankan oleh pasukan Bomba sehingga selesai.


































