Ketibaan Tun Juhar (tengah) di Majlis Hari Raya Aidilfitri DUN diiringi oleh Kadzim (dua dari kiri).
KOTA KINABALU: Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mampu mengeratkan dan memupuk silaturahim antara pemimpin serta masyarakat.
Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya berkata memandangkan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima DUN Sabah Yang Keenam Belas jatuh pada bulan Syawal, maka pihaknya menganjurkan majlis tersebut.
“Biasanya kalau Perasmian Istiadat Pembukaan DUN, satu majlis santapan atau sajian (banquet) diadakan pada sebelah malamnya tetapi kali ini kita adakan selepas perasmian,” katanya ketika ditemui di DUN Sabah.

Tun Juhar (tengah) dan isteri, Toh Puan Norlidah (dua dari kanan), Hajiji (dua dari kiri) bersama Julia (kanan) semasa menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri DUN.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, pada Khamis.
Seramai 1,300 tetamu memeriahkan majlis tersebut yang dihadiri jemaah kabinet negeri, para wakil rakyat, mantan speaker dan timbalan speaker DUN, ketua-ketua jabatan persekutuan serta negeri.
Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag, Timbalan Speaker DUN, Datuk Al Hambra Tun Juhar dan Datuk Richard Yong Ke Wong.
































