By: Rashid Ating
KOTA SAMARAHAN: Kolej Kemahiran Kuching akan menganjurkan kursus dron percuma untuk anak-anak warga Sarawak, program ini juga boleh disertai oleh mereka yang masih menunggu untuk peluang pekerjaan atau pendidikan.
Program ini bertujuan untuk melatih individu-individu yang telah menamatkan pelajaran mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau pekerja-pekerja GIG untuk memperoleh sijil kompetensi dalam teknologi yang berimpak tinggi.
Program ini menawarkan pelajaran mengenai teknologi dron serta disesuaikan dengan keperluan industri. Berikut adalah maklumat dan syarat-syarat diletakkan untuk mengenai program ini:
• Peserta program perlu berumur antara 16 hingga 50 tahun.
• Program ini terbuka kepada warga Sarawak/Sabah sahaja.
• Peserta program boleh berstatus tidak bekerja atau bekerja sebagai pekerja GIG (seperti Foodpanda, Grab, dan sebagainya).
• Tempoh program ini berlangsung selama enam hari sahaja, dengan kelas sepenuh masa atau pada hujung minggu.
• Selepas tamat latihan, peserta akan menerima persijilan Institute of Drone Technology, (IDT) Australia dalam bidang dron – An unmanned aerial vehicle (UAV)/ kenderaan udara tanpa pemandu.
• Penting: Semua pemohon akan melalui proses penapisan dan akan dijemput untuk sesi penerangan sebelum didaftarkan pembiayaan mereka.
Penganjuran program ini diharapkan dapat membantu para peserta sedikit sebanyak dalam meneroka jenis pelbagai peluang kerjaya menarik dalam industri dron antaranya seperti; fotografi dan videografi udara, penghantaran dan logistik, pemetaan dan pengawasan tanah, pertanian pintar, pembinaan dan pemantauan projek.
Untuk maklumat lanjut, para peserta boleh menghubungi nombor berikut untuk mendapat penjelasan yang lebih terperinci: 0198821175/01110725137/0126010366 atau boleh melayari pautan berikut untuk membuat permohonan: