BEAUFORT: Seramai 50 kanak-kanak yatim dan asnaf diraikan dalam jelajah Program Amal Shopping Raya anjuran bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) di sini kelmarin. (Gambar)
Beaufort merupakan destinasi ke-10 dan terakhir program tersebut.
Kanak-kanak tersebut dibawa membeli-belah persiapan Raya di Servay Jaya Pekan Beaufort.
Turut bersama mereka ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih yang juga ADUN Klias.
Mengucapkan terima kasih kepqda UPPM dan KTC, Isnin berkata, beliau menyokong sepenuhnya inisatif bersama UPPM dan KTC ini yang berjaya mengembirakan seramai 700 kanak-kanak di Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Sandakan Parkwell, Kota Marudu, Likas, Penampang, Keningau dan Beaufort.
Kesemua perbelanjaan membeli belah baju raya itu disumbangkan sepenuhnya daripada Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau.
Isnin bersyukur kerana walaupun bukan semua kanak-kanak dapat dibantu, jumlah kanak-kanak yang terlibat dalam program amal tersebut sememangnya ramai.
Dexter berkata, program membeli-belah baju Raya ini adalah untuk memberikan keriangan Hari Raya kepada kanak-kanak yang terlibat.
Menurutnya, sebagai seorang bapa, beliau boleh merasai kegembiraan kanak-kanak apabila tiba musim perayaan dan berpeluang untuk membeli baju Raya.
“Ini menjadikan kenangan terindah buat kami dan juga kanak kanak ini,” katanya.
Turut serta dalam program tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Baganda, Isteri Dexter, Datin Siew Yee, Pengarah UPPM Sabah, Datuk Awang Kadin Tang dan isteri Isnin, Datin Faridah.






























