PETALING JAYA: Cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah celsius dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh tujuh hari akan datang.
Menurut Utusan Malaysia, perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam satu hantaran di laman sosial.
Bagaimanapun, katanya, ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku di Sarawak pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke pagi.
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.mydan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.


































