PAPAR: Sebanyak 42 buah kampung, tujuh sekolah, tujuh taman perumahan dan tiga rumah ibadat di Papar terjejas akibat kemarau, membabitkan 150,000 penduduk.
Pegawai Daerah, Mohd. Fuad Abdullah berkata, antara kampung yang terjejas adalah Kg. Kuala, Kg. Bundusan, Kg. Seri Menanti, Kg Kawang, Kg. Kuala 2 Kinarut, Kg. Berundong, Kg. Belalait, Kg. Benoni, Kg. Pengalat Kecil, Kg. Melugus, Kg. Kelanahan, Kg. Baun Sumbiling, Kg. Punson, Kg. Sulim, Kg. Ulu Sapat, Kg. Limputong, Kg. Langkuas, Kg. Titimboungon, Kg. Mook, Kg. Tampasak, Kg. Ulu Sabandil, Kg. Rampazan, Kg. Labak, Kg. Kogopon, Kg. Purak, Kg. Tanaki, Kg. Ovai, Kg. Buang Sayang 1, Kg. Buang Sayang 2, Kg. Timbangan, Kg. Melugus, Kg. Kuala Dalam, Kg. Padang Pulasan, Kg. Bambangan, Kg. Kelanahan, Kg. Sabuk Kinarut, Kg. Lapasan Kinarut, Kg. Somboi Kinarut, Kg. Anak Kinarut, Tanah Perkuburan Pangkalan Besar Melugus dan Kg. Seri Menanti.
Sekolah yang terkesan adalah SMK Kinarut, SMK Majakir, SMK Benoni, SAN Kuala, SK Kuala, SK Pekan, SK Pantai Manis, manakala masalah sama turut dialami oleh Taman Villan Anggun, Perumahan Kelanahan, Taman Rosejaya, Taman Buang Sayang, Perumahan Kuala 1, 2 dan 3, Taman Sayang, Masjid Kg. Pengalat Kecil, Masjid Sungai Padang dan Gereja Kg. Limbahau.
Mohd. Fuad berkata, penghantaran bekalan air bersih melibatkan aset serta logistik daripada jabatan serta agensi terlibat seperti berikut:
i. Jabatan Air Negeri Sabah – 7 buah lori tanker 10,000 liter
ii. Majlis Daerah Papar – sebuah lori tanker 10,000 liter
iii. DUN Limbahau – sebuah lori tanker 20,000 liter
(Lokasi : Balai Raya Ulu Sapat)
iv. DUN Pantai Manis – sebuah lori
v. DUN Kawang – 3 buah lori
vi. PARLIMEN Papar – 2 buah lori
vii. Jabatan Kerja Raya – 2 buah lori 3 Tan
viii. Jabatan Bomba dan Penyelamat – sebuah lori (rescue tender)
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar melaporkan satu kejadian kebakaran lalang berlaku hari ini di SK Agama Sekayan, Pengalat Besar melibatkan kawasan seluas dua ekar pada kira-kira jam 12.07 tengah hari.
“BBP Papar juga merekodkan sembilan kes kebakaran dalam tempoh seminggu mulai 9 Mac lalu. Ia termasuk kebakaran lalang masing-masing di Kg. Beringgis (9 Mac), Kg. Surapit (12 Mac) dan Kg. Manggis (14 Mac), manakala kebakaran belukar terjadi di Kg. Kopimpinan Kawang (10 Mac) dan Monfort Youth Training Center Kinarut (12 Mac) dan Kg. Manggis (13 Mac).
“Kebakaran hutan di Kg. Langkawit (12 Mac) dan Kg. Berundong (13 Mac),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kemarau di daerah ini turut menjejaskan sektor pertanian khususnya 93 orang pesawah padi masing-masing di Mukim Limbahau (54.68 hektar) dan Mukim Biau Padawan dengan kelausan kira-kira 30.22 hektar.
“Dalam aspek pencegahan kebakaran, Jabatan Penerangan Negeri Sabah khususnya Pejabat Penerangan Daerah melaksanakan Info On Wheels (IOW) di tiga lokasi iaitu Kg. Berundong, Kg. Bambangan dan Kg. Beringgis.”
Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan akan terus memantau perkembangan bencana ini bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal.
Justeru, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang dianggotai pelbagai agensi dan jabatan, telah diaktifkan 24 jam di Aras 1, Bangunan Urus Setia Daerah Papar dan talian: 088-914999.


































