KOTA KINABALU: Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun mempengerusikan Sesi Meja Bulat bersama 110 orang daripada Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi Badan-badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan Negeri serta wakil-wakil Kementerian dan Jabatan yang mempunyai agensi dikawalselia bagi membincangkan isi-isu yang dihadapi Agensi Awam Negeri. (Gambar)
Sesi tersebut adalah salah satu inisiatif yang telah dinyatakan Menteri Kewangan dalam ucapan penggulungannya pada sesi pembentangan Belanjawan Negeri Tahun 2024 yang lalu bagi memperkasakan lagi tatakelola tadbir urus korporat Agensi Awam Negeri.

Turut sama dalam sesi ini ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd. Sofian Alfian Nair, Pembantu Menteri Kewangan I, Datuk Julita Majungki, Pembantu Menteri Kewangan II, Tan Lee Fatt dan Datuk Mary Angela Sipaun, Bendahari Negeri.
































