Ruhsimah Zakaria
KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Luyang menganggap pelantikan Anna Bell Perian @ Suzieana Haji Perian sebagai Ahli Dewan Negara sebagai bukti pemerkasaan wanita yang terlibat dalam pembuat keputusan adalah antara agenda penting Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.
“Wanita merupakan tonggak pembangunan bukan sahaja bagi aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara,” kata Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Luyang, Datuk Hajah Ruhsimah Haji Zakaria dalam kenyataan di Facebook.
“Tahniah YB Senator Anna Bell @ Suzieana Haji Perian, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sg. Sibuga merangkap Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Pusat atas pelantikan sebagai Senator dan Ahli Dewan Negara.
“Pelantikan Anna Bell sebagai Ahli Dewan Negara ini besar maknanya.
Gagasan Rakyat Luyang turut berbangga atas pelantikan ini.
“Kami ucapkan selamat bertugas kepada Annabell, semoga memikul amanah serta menggalas tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin demi Sabah, tanah air tercinta ,” beliau berkata.
Anna Bell telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu bagi penggal tiga tahun berkuat kuasa 5 Mac.


































