Armizan Mohd Ali
DENGKIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima hanya enam aduan menerusi Op Kesan yang dilancarkan bermula 1 Mac hingga Selaaa.
Menurut Utusan Malaysia, Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jumlah aduan yang sedikit itu membuktikan kejayaan Ops Kesan yang mula digerakkan sejak lima hari lalu.
Beliau berkata, Ops Kesan itu diperkenalkan bagi melihat implikasi kenaikan harga barangan selepas kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus bermula 1 Mac lalu.
“Saya fikir ini keberkesanan pelaksanaan Op Kesan kerana kita boleh melihat sendiri dan membuat tindakan secara langsung menerusi lawatan ke premis-premis.
“Banyak isu dimainkan di luar sana (mengenai pelarasan kadar SST) tapi tindakan proaktif penguat kuasa kita turun ke premis jauh lebih efektif,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan cawangan baharu Kampung Fresh Market Sdn Bhd di sini, kelmarin.
Katanya, sejak lima hari lalu, pihaknya melawat 3,460 premis dan mengeluarkan 167 notis kepada premis kerana dikesan membuat pelarasan harga.
Armizan berkata, 167 premis itu dikehendaki membuat penjelasan kenapa pelarasan harga itu dibuat selepas empat hari notis diberikan.
Menurutnya, penjelasan itu diperlukan agar pihak KPDN dapat meneliti sama ada pelarasan harga dibuat perniaga itu selari dan tidak bertentangan dengan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Op Kesan dipekenalkan bagi memantau implikasi pelaksanaan kenaikan SST itu termasuk pemantauan kepada sektor tidak terlibat dengan SST seperti makanan dan minuman supaya tiada peniaga mengambil kesempatan menaikan harga sewenang-wenangnya.

































