Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Terry.
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia yang baharu, Ailsa Terry mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Terry yang mengambil alih tugas daripada Charles Hay pada Ogos tahun lalu adalah mantan Pengarah Direktorat Sekatan sulung Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan (FCDO) dari 2022 hingga 2023.
Antara isu yang dibincangkan ialah mengukuhkan hubungan, meningkatkan perdagangan dan pelaburan daripada syarikat British di Sabah, membawa universiti British membuka cawangan di Sabah (program ijazah berkembar dengan University College Sabah Foundation), keselamatan dan pelancongan.
Terry juga fasih berbahasa Melayu. Beliau diiringi Setiausaha Kedua (Politik) Suruhanjaya Tinggi Britain, Robert Pepper dan Konsul Kehormat British di Sabah, David Powell.


































