Hajiji (tengah) merakamkan gambar kenangan Sambutan Chap Goh Meh di kediaman Limus
PENAMPANG: Kira-kira 1,000 tetamu hadir memeriahkan Sambutan Chap Goh Meh di kediaman Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury, pada Sabtu.
Kehadiran tersebut termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih.
Menurut Limus, acara penutup bagi Tahun Baharu Cina itu merupakan acara tahunan untuk meraikan keluarga, saudara mara serta rakan-rakan yang berbilang kaum serta agama.
“Jemputan untuk majlis hari ini adalah sekitar 1,000 orang termasuk YAB Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri dan rakan-rakan serta sanak saudara.

Hajiji (empat dari kiri) bersama-sama Isnin (dua dari kiri) Limus (tiga dari kiri) dan Shahelmey (tujuh dari kanan) mengaul yee sang.
“Kita harap dengan sambutan ini dapat menyuburkan lagi perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, di samping mendekatkan pemimpin dengan rakyat,” katanya ketika ditemui media.
Selain hidangan yang beraneka, para temau juga dihiburkan dengan persembahan tarian singa dan naga serta pertunjukan mercun.


































