Dr. Joachim (tengah) bergambar kenangan bersama dengan semua yang terlibat dalam program Walkabout PBS sempena Tahun Baharu Cina, di Jalan Gaya dan Lido pada Ahad.
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengadakan walkabout sempena Tahun Baharu Cina 2024 di kawasan Jalan Gaya dan Lido, di sini, kelmarin (4 Feb).
Acara tersebut disertai oleh Timbalan- timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Datuk Seri Dr. Yee Moh Chai dan Datuk Jahid Jahim; Naib-naib Presiden, Datuk Johnny Mositun, Datuk Arthur Sen, Datuk Dr. Joseph Lee; Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki; Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut; Datuk Fredian Gan serta beberapa lagi Ahli Majlis Tertinggi (AMT) lain bersama Exco Pemuda dan Exco Wanita.

Dr. Joachim (tengah), Yiew (kanan) menyantuni para peniaga dalam program walkabout PBS yang diadakan pada Ahad.
Dr. Joachim berkata, walkabout ini merupakan salah satu acara tahunan parti yang diadakan pada perayaan Tahun Baharu Cina dan berharap ia akan diteruskan.
“PBS akan terus bersama dengan komuniti termasuk di Kota Kinabalu.
Beliau juga memberikan penghargaan kepada Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Api-Api, Safwan Diego dan wakil-parti seperti SAPP yang diwakili Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Luyang, Gee Thien Soong yang turut bersama mereka dalam acara itu.

Dr. Joachim (kanan) menyampaikan bakul cendera kenangan (goodies) Tahun Baharu Cina kepada salah seorang peniaga dalam program Walkabout PBS sambil disaksikan oleh Dr. Yee (belakang) dan Yiew (dua dari kanan).
Bersama dengan rombongan itu, Ketua penerangan Bahagian Api-Api yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Yee Tsai Yew bersama kakitangan PBS Bahagian Api-Api turut mengedarkan ‘goodies’.

































