Hajiji (lima kanan) menyampaikan cenderahati kepada Loke.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mahu perkhidmatan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dinaik taraf dan ditambah baik dengan segera.
Beliau berkata demikian kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika bertemu dengan beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini kelmarin.

Hajiji (kanan) bersalaman dengan Loke pada pertemuan itu.
Ketua Menteri berkata, kemudahan dan perkhidmatan di KKIA perlu ditambah baik dan dinaik taraf kerana ia merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di negara ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong hadir bersama Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri Komoditi dan Perladangan, Datuk Chan Foong Hin, Pembantu Menteri Kewangan, Tan Lee Fatt, Ketua DAP Sabah, Datuk Frankie Phoon, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong, ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang dan Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda.

Hajiji (kanan) berbincang dengan Loke pada pertemuan itu.
Terdahulu, Ketua Menteri turut bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), Datuk Seri Azalina Othman dan Timbalan Menteri Ekonomi, Dato’ Hanifah Hajar Taib.






























