Mohd. Sofian Alfian Nair
KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan Negeri Sabah telah melanjutkan tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela Cukai Jualan Negeri (CJN) sehingga 31 Mac 2024.
Perkara ini dimaklumkan oleh Pengarah Cukai Jualan Negeri merangkap Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Mohd. Sofian Alfian Nair yang berkata, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira sambutan yang baik ke atas program khas ini.
Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada 15 Ogos 2023 telah melaksanakan Program Khas Pengakuan Sukarela CJN bil.1 yang mana program ini ditawarkan untuk menggalakkan pembayar CJN bagi dua produk CJN, khususnya komoditi perikanan dan besi buruk dan buangan yang dibawa keluar dari Sabah, tampil secara sukarela untuk mendaftar lesen dan membayar CJN dalam tempoh yang sepatutnya.
Melalui program khas ini, pembayar cukai tidak akan dikenakan tindakan penalti sekiranya pembayaran cukai selesai dikemukakan dalam tempoh program ini dilaksanakan.
Mohd. Sofian berkata, tempoh bercukai yang terlibat untuk Program Khas ini adalah mengikut tarikh kuat kuasa CJN ke atas produk tersebut iaitu:

Syarat-syarat dan peraturan program ini adalah masih kekal sama dan pihak syarikat boleh merujuk kepada Garis Panduan Program Khas Pengakuan Sukarela Cukai Jualan Negeri Bil.1 di portal rasmi Kementerian Kewangan Negeri di https://mof.sabah.gov.my/ sebagai rujukan pembayar cukai.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela Cukai Jualan Negeri ini boleh diajukan kepada Bahagian Cukai Jualan Negeri di talian 088-
368038/088-368068/088-368052 atau email Dknormahani.pgmohd@sabah.gov.my / Claudia.Salbishte@sabah.gov.my


































