Zahid (kiri) sempat bersalaman dengan Ariffin sebelum berangkat balik ke Kuala Lumpur.
KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri l, Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi berangkat balik ke Kuala Lumpur jam 4.05 petang, pada Isnin.
Ahmad Zahid bersama rombongan berlepas dengan menaiki pesawat khas melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Hadir mengiringi keberangkatan balik beliau ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Ariffin Arif, Setiausaha Persekutuan, Datuk Makhzan Mahyuddin, Pesuruhjaya Polis, Datuk Jauteh Dikun dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.
































