Bahrin menerima borang keahlian menyertai Gagasan Rakyat Likas daripada Chong sambil diperhatikan oleh Halizah
KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas terbuka kepada bekas pemimpin dan ahli parti pembangkang yang ingin menyertai dan berjuang bersama parti itu demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan negeri ini.
Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Haji Mohammad Bahrin Haji Abd. Karim berkata, keahlian Gagasan Rakyat juga terbuka kepada semua individu yang berminat menyertai perjuangan politik menerusi parti tersebut.
“Kita sentiasa terbuka kepada bekas pemimpin dan ahli parti pembangkang serta individu lain yang berminat untuk menyertai Gagasan Rakyat,” katanya selepas menerima 200 borang keahlian baharu di sini hari ini.
Turut sama hadir sama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din.
Borang keahlian baharu itu diserahkan oleh Datuk David Chong yang turut disertai James Yin Max Loo, Chong Ket Vui, Tsen Hen Phion, Alex Chee, Hiew Sui Chong, Chee Chok Kwok dan Mohd. Yunus Zipli.






























