Fadillah Yusof
PETALING JAYA: Scammer bertindak berani apabila menyamar sebagai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menipu orang ramai.
Menurut Utusan Malaysia, Fadilah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, beliau menerima laporan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau atas nombor telefon bimbit bukan miliknya (011-14045313).
“Beberapa rakan saya menerima mesej daripada individu yang menggunakan nombor berkenaan untuk membuka ‘whatsapp group’ dan telah memaklumkan kepada saya.
“Setelah disemak nombor berkenaan turut digunakan di aplikasi Whatsapp dan telegram dengan menggunakan gambar profil saya.
“Laporan telah dibuat kepada pihak pengendali platform whatsapp dan telegram. semakan menerusi truecaller nombor berkenaan menggunakan nama Rinoneze,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sementara itu, Fadilah berkata, terdapat juga individu menggunakan gambar beliau untuk membuka akaun Facebook.
“Laporan telah dibuat kepada Facebook mengenai akaun palsu berkenaan. Untuk makluman akaun rasmi Facebook saya cuma pautan di bawah https://www.facebook.com/fadillahyusof194?mibextid=ZbWKwL. Manakala akaun FB peribadi saya cuma,https://www.facebook.com/fadillah.yusof?mibextid=ZbWKwL,” katanya.