Petugas penerbangan ADMAL Sdn Bhd mengutip serpihan pesawat di lokasi nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini, hari ini.
SHAH ALAM : Pasukan penyiasat Amerika Syarikat (AS), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB), Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan pengeluar pesawat, Beechcraft telah tiba di lokasi nahas pesawat di Persiaran Elmina, pagi ini.
Menurut Utusan Malaysia, difahamkan, kira-kira 15 anggota daripada tiga pihak ini telah tiba di lokasi kejadian pukul 8.15 pagi dan terus menjalankan siasatan.
Dilihat, mereka sedang memeriksa beberapa cebisan objek, dipercayai milik pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) dan memasukkan objek ke dalam bekas untuk dibawa ke makmal untuk siasatan.
Pengambilan kesemua cebisan ini dijangka selesai hari ini.































