Peserta konvoi KMJG bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa masjid.
TAWAU: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) disambut dengan doa kesyukuran di Tawau.
Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal menyambut ketibaan konvoi KMJG di Masjid Baiturrahman Muhibbah Bal Tawau.
Dalam majlis ringkas tersebut Rina turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penerangan (JaPen) kerana berjaya membawa masyarakat untuk bersama meraikan sambutan bulan kebangsaan.



























