Suasana sekitar sidang DUN Sabah, pada Khamis.
KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan dua lagi Rang Undang-Undang dalam Mesyuarat Penggal Keempat DUN Sabah Keenam Belas, pada Khamis.
RUU pertama yang diluluskan adalah RUU Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2023 yang dibentang oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam selepas dibahas oleh enam pembahas.
Sesi perbahasan itu dikendalikan oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, selepas bacaan ketiga melibatkan ADUN Dilantik, Datuk Yong Teck Lee dan Aliakbar Gulasan, ADUN Moyog, Datuk Darell Leiking, ADUN Telupid, Jonnybone J Kurum, ADUN Sekong, Alias Sani dan ADUN Tanjung Papat, Frankie Poon Ming Fung.
Manakala, RUU kedua ialah RUU Biodiversiti Sabah (Pindaan) 2023 dibentangkan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir selepas dibahas oleh enam ADUN seperti ADUN Kepayan, Jannie Lasimbang, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, ADUN Kukusan, Rina Jainal, ADUN Telupid, Jonnybone J. Kurum, ADUN Moyog, Datuk Darell Leiking, ADUN Dilantik, Datuk Yong Teck Lee dan ADUN Tungku Assaffal P. Alian.
Sidang yang masuk hari terakhir kelmarin dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan-Timbalannya, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Sr Shahelmey Yahya, jemaah kabinet serta ketua-ketua jabatan negeri.





























