Junik (duduk, tiga dari kanan) bersama sebahagian AMT dan ketua biro menunjukkan sijil pendaftaran persatuan.
TENOM: Persatuan Etnik Murut Timugon Sabah (PEMTS) telah berjaya didaftarkan dan menerima sijil pendaftarannya daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bulan lalu.
Presiden PEMTS, Junik Bajit yang mengumumkan ini berkata, PEMTS ditubuhkan bagi memelihara dan memartabatkan seni budaya dan warisan Murut Timugon yang dilihat semakin pupus, selain memberikan tumpuan kepada aspek pendidikan dan ekonomi masyarakat tersebut.
Tiga perkara ini merupakan misi dan visi utama penubuhan PEMTS, tambahnya.
Beliau juga menegaskan bahawa PEMTS bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan Persatuan Murut Sabah (PMS), sebaliknya PEMTS akan sentiasa bergerak seiringan dan bekerjasama dengan PMS.
Masyarakat Murut Timugon kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman Sabah terutamanya Tenom.
“Sebenarnya Murut Timugon dikira agak terlambat dalam menubuhkan persatuan jika dibandingkan dengan etnik Murut yang lain di negeri ini seperti Tenggara, Nabai, Paluan, Tagol, Baukan dan Binta yang telah berjaya memelihara dan mengangkat seni budaya dan warisan masing-masing di samping sudah mempunyai koperasi kecil-kecilan.
“Jadi kita yakin dengan adanya PEMTS, kita bukan sahaja dapat membantu dalam memastikan kelangsungan seni budaya asal dan warisan Murut Timugon tetapi juga dalam melonjakkan taraf sosioekonomi masyarakat kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Junik turut mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PEMTS bagi sesi 2023-2025 yang terdiri daripada beliau sendiri sebagai Presiden; Juarib Ebin (Pengerusi Tetap); Jenson Tamio (Timbalan Pengerusi Tetap); Steven Jimin (Timbalan Presiden); Jimmy Jawatah (Naib Presiden); Basir Abdullah (Setiausaha Agung Dilantik); Lawrence Lauseh (Penolong Setiausaha Agung Dilantik); Sujah Suntat (Bendahari Agung Dilantik); Awang Damit Aspar (Penolong Bendahari Agung Dilantik); Haji Wahab Timpai (Ketua Penerangan Dilantik); Munis Haji Ismail (Penolong Ketua Penerangan); AMT – Laisi Asik, Iny Jim (Pegawai Tadbir), Sami Jiman (Audit Dalaman), Hairi Ramlee dan Maikol Juai; AMT Dilantik – Edward Sibin, Tunik Tulas, Mailap Mathew, Hasnah Bijun, dan Lidin Laikim.
Sementara ketua-ketua biro terdiri daripada Jenson (Kesenian dan Kebudayaan); Justin Abus (Pembangunan Prasarana); Lisuh Lantara (Keselamatan dan Kesihatan); Sami (Pengurusan Kewangan); Melton David (Ekonomi dan Keusahawanan); Laisi Asik ((Kesejahteraan dan Keceriaan); Irene Josie Sambang (Pendidikan dan Inovasi); Mohd. Sahady Mokti (Agama dan Pemantapan Spiritual); Mohd. Anuar Abd (Kebajikan dan Kesukarelawan); Mohd. Shahzuan Walter Sumadi Abdullah (Belia, Sukan dan NGO); Dzulkiflie Gunsika (Infrastruktur dan Komunikasi); dan Priscilla Jonoh (Hal Ehwal Wanita dan Keluarga).
Mengalu-alukan semua yang berketurunan Murut Timugon untuk menyertai PEMTS, Junik berkata, mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai PEMTS boleh menghubungi Basir (011-36026488) atau Wahab (013-8860144).































